04 December 2017

Trisna yang Terlena


Perit
Jiwanya sakit

Berkali kali elak dipasung
Berkelit meraung
Malang tersadung
Disangka merak kepalsuan
Terpalit kencan

Sempit
Akalnya menjerit

Khabar dijawab kendur
Perlahan mundur
Buang masa, siapa dia siapa kita

Bingit
Jantungnya dihimpit

Heksa-musim berganti, kukuh dipatri
Baru sahaja mengerti kata hati!
Terlajak perahu mudik ke sisi
Luka berdarah lagi

Bodoh!

Angkuh bertingkah, julang maruah
Padamkan hibat berbara amarah
Lupakan. Bukan lagi signifikan.