04 December 2017

Trisna yang Terlena


Perit
Jiwanya sakit

Berkali kali elak dipasung
Berkelit meraung
Malang tersadung
Disangka merak kepalsuan
Terpalit kencan

Sempit
Akalnya menjerit

Khabar dijawab kendur
Perlahan mundur
Buang masa, siapa dia siapa kita

Bingit
Jantungnya dihimpit

Heksa-musim berganti, kukuh dipatri
Baru sahaja mengerti kata hati!
Terlajak perahu mudik ke sisi
Luka berdarah lagi

Bodoh!

Angkuh bertingkah, julang maruah
Padamkan hibat berbara amarah
Lupakan. Bukan lagi signifikan.

09 June 2017

Serabut Weh

Tidak terungkai kusut
Terbisik cinta menghasut
Sebak - duka membusut

Senyuman asbab kerinduan
Jelingan - celaru, kebingungan

Pada siapa harus aku katakan?
Bagaimana untuk aku luahkan?
Apa yang perlu aku ucapkan?

Bangsat.

06 June 2017

Sisa Noda


kau ganjil
aku jahil
semua tahu kita mustahil

mengatur kata terlontar kenangan
sua rindu berlarutan

pertanyaan demi pertanyaan

rahsia tidak lagi rahsia
apa yang kamu puja?

dihambat noda
diseret nista
dipasung dosa
kau fikir kau siapa?

dendam berbangkit
namun menyalak bukit.