Chakera Walang
Seribu Rahsia Milik Aku
04 December 2017
Trisna yang Terlena
Perit
Jiwanya sakit
Berkali kali elak dipasung
Berkelit meraung
Malang tersadung
Disangka merak kepalsuan
Terpalit kencan
Sempit
Akalnya menjerit
Khabar dijawab kendur
Perlahan mundur
Buang masa, siapa dia siapa kita
Bingit
Jantungnya dihimpit
Heksa-musim berganti, kukuh dipatri
Baru sahaja mengerti kata hati!
Terlajak perahu mudik ke sisi
Luka berdarah lagi
Bodoh!
Angkuh bertingkah, julang maruah
Padamkan hibat berbara amarah
Lupakan. Bukan lagi signifikan.
09 June 2017
Serabut Weh
Tidak terungkai kusut
Terbisik cinta menghasut
Sebak - duka membusut
Jelingan - celaru, kebingungan
Pada siapa harus aku katakan?
Bagaimana untuk aku luahkan?
Apa yang perlu aku ucapkan?
Bangsat.
06 June 2017
Sisa Noda
kau ganjil
aku jahil
semua tahu kita mustahil
mengatur kata terlontar kenangan
sua rindu berlarutan
pertanyaan demi pertanyaan
rahsia tidak lagi rahsia
apa yang kamu puja?
dihambat noda
diseret nista
dipasung dosa
kau fikir kau siapa?
dendam berbangkit
namun menyalak bukit.
25 September 2012
Pendam
hidup bagai gelandangan.
berselerak di jalanan.
mengharap belas kasihan.
mengharap belas kasihan.
hasrat yang tidak tercurah.
disimpan tiada terluah.
kepadaNya berserah.
disimpan tiada terluah.
kepadaNya berserah.
haluan yang sama. dunia kita berbeza. taraf kita bagaimana?
mengapa harus bertanya di mana semua ini bermula?
mengapa tidak dipersoalkan ke mana pengakhirannya?
sesuatu rahsia yang bukan lagi rahsia.
kebetulan yang dirancang. kemahuan yang dirangsang.
kisah ini tentang keegoan.
kisah ini tentang kecelaruan.
kisah ini bercerita tentang sesuatu yang hadir tanpa undangan lantas hilang saat diperlukan.
14 March 2012
Gita Hati
sudah suka mulalah sayang
bila sayang terkenang-kenang
hati gundah rindu berbahang
cinta mekar orang tak pandang
lubuk kasih bergenang rintih
bulan diseru berentak syahdu
hati terguris diri tersisih
duduk berlagu berwalang sendu
sakti cinta tertunggu hiba
kekasih dipuja kunjung tak tiba
memulau rasa hatinya hamba
sabar dibaja dendam dituba
masihkah cinta itu ada?
19 December 2011
Sabda Sungkawa
bermula langkah terakhir
penamat mutakhir
perjalanan hampa sang musafir
kisah yang tidak kan diukir
hatinya sebak
penghujung cuma setapak
terlajak enggan diundur
kasih dijejak rindu diukur
biar hasrat terus terkubur
haruskah dia akur?
hatinya bungkam
jiwanya memendam
selesaikan segalanya
berhenti buat dia menderita
bila dia setia
dia lebih bodoh dari sesiapa saja
08 May 2011
Rani
protes aku dalam tangisan
kau bisikkan kalimat ketenangan
aku terdiam dalam esakan
termakan pujukan penuh kelembutan
aku terjatuh
kau lihat aku dari jauh
laung aku memanggil ibu
kau tersenyum membiarkan aku
bangun anakku
jangan mudah pasrah
kamu mampu
cuma kamu berserah
aku lihat ibu membisu
marak api marahmu
terdiam seribu
maafkan aku ibu
kadangkala aku durhaka
masih kausabar seperti sediakala
kausedar ungkapanmu doa
takkan kau biarkan aku teraniaya
benarkan aku memelukmu erat
aku sayang ibu sepanjang hayat
kau bisikkan kalimat ketenangan
aku terdiam dalam esakan
termakan pujukan penuh kelembutan
aku terjatuh
kau lihat aku dari jauh
laung aku memanggil ibu
kau tersenyum membiarkan aku
bangun anakku
jangan mudah pasrah
kamu mampu
cuma kamu berserah
aku lihat ibu membisu
marak api marahmu
terdiam seribu
maafkan aku ibu
kadangkala aku durhaka
masih kausabar seperti sediakala
kausedar ungkapanmu doa
takkan kau biarkan aku teraniaya
benarkan aku memelukmu erat
aku sayang ibu sepanjang hayat
01 April 2011
Genggaman Aku
dugaan itu aku tempuh
baluarti itu aku rempuh
daya aku rapuh
syukur
semangat aku kukuh
takkan terbiar tewas
ditentang aku balas
aku cincang puaspuas
buku kanbertemu ruas
epilog masih belum sempurna
aku masih berdoa
baluarti itu aku rempuh
daya aku rapuh
syukur
semangat aku kukuh
takkan terbiar tewas
ditentang aku balas
aku cincang puaspuas
buku kanbertemu ruas
epilog masih belum sempurna
aku masih berdoa
01 March 2011
Runtuhan Abadi
rebah
terjatuh di tengah
mutiara sakti melimpah
aku cuba menggapai bintang
sedang tak upaya terbang
kufikir kukejar pelangi
sedang tak upaya berlari
kufikir kusentuh langit
sedang tak upaya menjungkit
kufikir kupeluk bintang
sedang tak upaya mengenggam
aku lemah
tidak upaya merentas realiti
sekadar mengaluni fantasi
mencurah imaginasi
dengan warna warni
tinggallah aku sepi
memahat melankoli
debu debu penantian
pergi bersama semangat keabadian..
terjatuh di tengah
mutiara sakti melimpah
aku cuba menggapai bintang
sedang tak upaya terbang
kufikir kukejar pelangi
sedang tak upaya berlari
kufikir kusentuh langit
sedang tak upaya menjungkit
kufikir kupeluk bintang
sedang tak upaya mengenggam
aku lemah
tidak upaya merentas realiti
sekadar mengaluni fantasi
mencurah imaginasi
dengan warna warni
tinggallah aku sepi
memahat melankoli
debu debu penantian
pergi bersama semangat keabadian..
28 February 2011
Hinggap
terpedaya akan kerdipan malap
merentasi lorong gelap
diri terpempan
ghairah akan sinar kusam
terkeliru dari jalan terang
sebenarnya cuma eceran
wajahwajah hitam
memperdaya jiwa gersang
segera berlari pulang
selagi masih berpeluang
maafkan aku sayang
jika aku pulang tidak lagi datang
namun aku bukan hilang
sengaja berjuang
menyempitkan ruang
bukan curang
kini aku kembali
tidak keliru lagi
bersama ketenangan yang hakiki
maaf
aku bukan wanita itu
Subscribe to:
Comments (Atom)